PEMBENTANGAN APLIKASI QR CODE DALAM BIDANG KRAF BATIK (FINAL PROJEK)
Saya dan Izana telah mengambil bidang kraf batik sebagai teknik yang kami hasilkan. Bermula dengan mengedit video, menghasilkan QR code dan membentangkan hasil yang telah kami lakukan secara bekerjasama. Selain itu, melalui pembentangan yang dijalankan kami dapat menarik minat rakan sekelas untuk mencuba QR code kami dan membuktikan bahawa QR code tersebut berfungsi. Penghasilan projek akhir ini penuh dengan keseronokkan kerana rakan sekelas yang lain teruja untuk mengscan hasil kerja rakan-rakan yang lain.
Pembentangan dilakukan bagi memastikan QR code tersebut berfungsi, dan memberi penerangan bagaimana video tersebut dilakukan. Selain itu, penerangan bagi setiap teknik perlu dijelaskan kerana kraf batik mempunyai pelbagai jenis teknik seperti teknik mencanting, teknik berus, teknik konvensional serta teknik ikat dan celup. Kumpulan kami telah memilih teknik ikat dan celup kerana mudah untuk diaplikasikan di sekolah. Hal ini kerana, teknik ikat dan celup hanya menggunakan tisu, getah, dan pewarna batik. Selain itu, penambahan bahan seperti garam, gula dan lemon adalah salah satu kredit yang boleh ditambah oleh pelajar.
- Ini adalah hasil yang telah saya dan Izana hasilkan bersama.
- Setiap teknik ini mempunyai QR code mereka sendiri dan ini adalah QR code yang saya hasilkan mengikut teknik yang telah saya rekodkan.
*SCAN ME*
TEKNIK KONVENSIONAL (GARAM)
TEKNIK KONVENSIONAL (LEMON)
TEKNIK LIPAT DAN IKAT
TEKNIK RAMAS DAN IKAT
Penghasilan QR code ini sangat mudah dan seronok untuk diterokai reka bentuk serta warna yang digunakan Oleh sebab itu, pembentangan projek akhir ini saya berasa seronok dan memberi pengalaman untuk saya agar menggunakan ilmu ini sewaktu mengajar di sekolah. Selain itu, QR code ini boleh digunakan oleh semua orang yang mempunyai telefon bimbit dan aplikasi scanner QR code untuk telefon android.
*Pembentangan kumpulan kami*
Hasil Projek Akhir