Sunday, 23 December 2018

MINGGU KE-9

WORDPRESS



Related image



           Merupakan salah satu sistem penerbitan blog dan evolusi yang paling berjaya untuk digunakan oleh pengguna. WordPress merupakan salah satu sumber yang percuma untuk digunakan. Selain itu wordpress menggunakan (CMS) berdasarkan PHP dan MySQL. WordPress telah dijadikan satu medium untuk memberi info yang lebih sistematik dan tersusun bagi memudahkan pengguna mencari info yang terdapat dalam WordPress.

      Semasa pembelajaran di dalam kelas, kami telah mempelajari bagaimana membina akaun WordPress kami sendiri. Bagi saya, penghasilannya mengambil masa untuk memahami dan sukar mengingati langkah pembinaan. Hal ini kerana, kekangan masa di dalam kelas. Namun, saya berjaya atasi sehingga boleh memasukkan tema untuk WordPress saya. Apabila pemilihan tema dan widget yang sesuai mengambil masa yang lama serta memastikan tema tersebut sesuai dengan info yang akan dimasukkan dalam WordPress saya. Pemilihan ini lama kerana, terdapat tema yang tidak mempunyai widget.

         Tugasan yang diberikan adalah menggunakan apa yang boleh ditambah dalam WordPress seperti menambahkan widget calender, catagories dan follow blog. Selain itu, kami juga diarahkan untuk menambahkan WordPress rakan-rakan sekelas di dalam Wordpress saya. Selepas pembelajaran WordPress ini di dalam kelas saya dapati agak sukar untuk mengikut langkah-langkah dalam menghasilkan dan sukar untuk diingati. Namun, pembelajaran ini amat berguna apabila hendak digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang.

             Hal ini kerana, WordPress mempunyai susun atur yang lebih sistematik dan mudah menjadi rujukan kepada pelajar di masa akan datang. Selain itu, juga WordPress merupakan aplikasi baru yang boleh digunakan berbanding dengan blogspot. Namun disebabkan penghasilan WordPress agak rumit saya lebih menyukai blogspot apabila memasukkan info-info pembelajaran setiap minggu di dalam kelas.


No comments:

Post a Comment