Monday, 24 December 2018

MINGGU KE-11

PLICKERS




Image result for plickers


                     Plickers adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan semasa pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Kini di sekolah telah menaiktaraf kepada pembelajaran abad ke-21, jadi Plickers boleh digunakan sebagai salah satu pemudah cara guru untuk mengajar di dalam kelas. Selain itu, Plickers adalah satu aplikasi yang menggunakan kepelbagaian jawapan seperti A, B, C dan D. Namun aplikasi ini tidak memerlukan murid untuk memiliki komputer tetapi hanya guru perlu ada akaun plickers ini.

                    Dalam aplikasi plickers ini mempunyai kad yang boleh dicetak oleh guru dan beri kepada pelajar. Hal ini dapat dilihat dalam setiap kad itu mempunyai komposisi jawapan yang berbeza susunan A, B, C, D. Oleh sebab itu, penggunaan aplikasi Plickers ini menyeronokkan di dalm kelas apabila guru memberi soalan kepada pelajar. 

                         Semasa pensyarah saya mengajar bagaimana penggunaan Plickers ini, saya sebagai pelajar yang pertama kali menggunakan aplikasi ini merasakan bahawa begitu cepat peredaran teknologi yang boleh digunakan sewaktu pdp dijalankan. Selain itu, aplikasi ini walaupun ada kekurangan tapi iainya boleh digunakan dalam pembelajaran abad ke-21. 

Ini adalah contoh-contoh kad Plickers.

 Kartu Plickers



No comments:

Post a Comment