Tuesday, 18 December 2018

MINGGU KE-8

PADLET

          Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan penggunanya membuat nota dengan menggunakan teknologi. Nota ini boleh dikongsi bersama dengan pengguna yang lain. Selain itu, penggunaan padlet ini istimewa kerana boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan web yang sesuai. Padlet juga dikenali dengan aplikasi perbualan secara terbuka dan penggunaan konsp "click & drag" membolehkan pengguna memasukkan di dalam padlet. 

Screen Shot 2015-02-17 at 8.50.46 PM

                   Kelebihan menggunakan padlet adalah menarik minat pengguna. Selain dapat memberi peluang sama rata antara pengguna dalam menyumbang idea mereka. Terdapat juga kebaikan dengan memberi peluang untuk menggunakan nota-nota tersebut sebagai ulangkaji semula info-info di dalam aplikasi Padlet. 

padlet-4-638

                    Padlet yang saya hasilkan adalah mengenai hiasan dalaman. Hasil ini boleh dilihat secara public dan info-info boleh ditambah oleh pengunjung ke Padlet saya. Semasa saya menghasilkan Padlet ini saya dapat lihat bahawa nota-nota yang dimasukkan oleh rakan sekelas saya amat berguna. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai pandangannya yang tersendiri berdasarkan tajuk yang dibuat. Oleh sebab itu, saya mengatakan Padlet ini seronok digunakan bersama pelajar. 

No comments:

Post a Comment