Monday, 24 December 2018

MINGGU KE-11

QR CODE



*SCAN ME*

         QR Code adalah singkatan daripada quick response. Kod yang dihasilkan adalah daripada penyimbolan dua dimensi. Pada tahun 1994, sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave telah mengeluarkan kod QR. Selain itu, QR code dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC yang mempunyai maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam iaitu titik segi empat disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR ini membolehkan maklumat dihantar dari realiti ke peralatan mudah alih seperti telefon bimbit.

             Pada minggu ke-11 kami telah mempelajari bagaimana menghasilkan QR code kami sendiri dengan menggunakan aplikasi yang ada di dalam Google. Namun sebelum kami menghasilkan QR code, pensyarah telah mengarahkan saya dan rakan sekumpulan untuk menghasilkan video mengikut tema dan bidang studio yang kami telah pilih. Seperti saya dan rakan iaitu Izana, kami telah memilih untuk melakukan bidang studio kraf batik. Kami telah mengambil masa seminggu untuk merekodkan lankah-langkah berdasarkan teknik yang dipilih. Hal ini memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman menghasilkan video. Selain itu, saya mengambil masa yang agak lama untuk mengedit video agar tidak panjang dan bosan apabila ditonton. 

             Apabila tiba waktu kelas, kami telah belajar menghasilkan QR code dengan copy link dari Youtube Channel kami ke aplikasi QR code generator.  Pensyarah kami telah memperkenalkan generator yang boleh menghasilkan QR code yang menarik dan lebih baru. Sebagai contoh, QR CODE GENERATOR dan QR CODE MONKEY. Kedua-dua generator ini mempunyai keistimewaan dan mudah difahami semasa proses meghasilkan QR code. Keistimewaan QR code monkey adalah boleh kustom sendiri design kod. Selain itu, dapat menukar warna kod. 

           Hal ini amat menyeronokkan untuk meneroka dan mencuba kepelbagaian dalam menghasilkan corak QR code kita sendiri yang lari dari bentuk normal QR code. Penghasilan QR code ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat penghasilan sesuatu teknik itu dengan udah tanpa perlu copy link atau mencari tetapi hanya perlu scan sahaja. 



No comments:

Post a Comment