Pada minggu ke-12 kami di dalam kelas telah belajar bagaimana menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dalam menghasilkan animation yang boleh diletkkan pada header WordPress kami. Pembelajaran ini amat mencabar bagi mereka yang tidak mahir menggunakan photoshop tetapi apabila mengikut langkah yang betul, maka akan terhasil juga animasi ini. Bagi animasi yang saya hasilkan adalah tertulis "aisyah wordpress" digunakan sebagai kata alu-aluan ke site saya. Selain itu, saya telah memasukkan gambar latar pada animasi saya bagi menimbulkan lagi tulisan tersebut. Penambahan gambar kucing di sebelah kanan adalah melambangkan diri saya yang menyukai kucing.
Pembelajaran pada minggu ke-12 agak mencabar namun tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan membantu saya untuk menyiapkan animasi ini dengan menggunakan photoshop.
- Langkah Pertama - Menentukan saiz pixel berdasarkan saiz yang telah ditetapkan dalam header Wordpress, kerana setiap header berbeza-beza mengikut tema yang telah kita pilih.
- Langkah Kedua - Membuat satu ayat pendek untuk diletakkan di dalam header dan mengubah font yang digunakan mengikut citarasa peribadi dan kreativiti.
- Langkah Ketiga - Duplicate layer untuk setiap perkataan dan latar belakang mengikut huruf yang telah kita tulis.
- Langkah Empat - Bermula dari bawah dan padam setiap satu huruf sehingga ke layer yang mempunyai ayat yang penuh.
- Langkah Lima - Pergi ke window dan klik timeline (Tujuan timeline adalah mengumpulkan kesemua layer agar dapat memainkan urutan layer seperti video yang bergerak.)
- Langkah Enam - Simpan file dalam bentuk GIF.
- Langkah Tujuh - Masukkan GIF yang telah siap dalam header WordPress maing-masing.
Pada saya menghasilkan animasi ini adalah salah satu pengalaman yang boleh digunakan dan menjadi panduan untuk menghasilkan header blog yang lebih baik. Oleh sebab itu, penghasilan animasi ini adalah Projek yang memerlukan kesabaran diri dan ketangkasan untuk mengikut langkah yang diberi kerana, saya bukan pelajar yang pandai dalam menggunakan Photoshop.
No comments:
Post a Comment