Sepanjang kelas dijalankan pada setiap minggu, banyak ilmu baru yang telah kami pelajari terutamanya dalam bidang teknologi yang boleh diaplikasikan dalam seni. Hal ini dapat membuka minda kita, sebagai seorang bakal pendidik yang akan menggunakan teknologi dalam pemudahcara di dalam kelas. Guru seni tidak hanya menggunakan kaedah hand-on sahaja, tetapi guru juga boleh menggunakan aplikari seperti plickers untuk mengemukakan soalan dengan pelajar.
Oleh sebab itu, kelas seni teknologi ini penting kepada kami yang bakal menjadi guru seni pada masa akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Norsyazwani yang telah mencari pelbagai teknologi baru untuk diperkenalkan kepada kami. Setiap tunjuk ajar yang diberikan akan diingati dan digunakan pada masa akan datang.
*Sesi pembentangan mengikut kumpulan/individu*
*Pada akhir kelas, kami menikmati juadah yang telah dibelanja oleh beliau*
terima kasih daun keladi
kepada ilmu yang Dr. beri
jasamu akan selalu dingati
semoga kita berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment