Sebuah aplikasi yang dihasilkan pada tahun 2009 di Budapest, Hungary oleh Adam Somlai-Fisher, Peter Halacsy, and Peter Arvai.
Adam Somlai-Fischer adalah seoran arkitek dan seniman yang telah terlibat dengan presentation yang boleh dikecilkan dan diperbesarkan sejak tahun 2001. Beliau telah menemukan bahawa Zoomin User Interface (ZUI) membolehkan pengguna mengeksplorasi gambaran seperti gambaran penuh dan kemudian boleh membesarkan detail-detail dari setiap idea. Namun pada tahun 2007, Peter Halascy, seorang profesor dari Universiti Teknologi Budapest berhasil menyakinkan Adam untuk mengembangkan editor ZUI agar dapat digunakan oleh umum.
Prezi digunakan sebagai alat presentation dalam bentuk linear atau non-linear, iaitu persembahan yang berstruktu atau persembahan berbentuk mind-map. Di dalam Prezi terdapat teks, gambar dan video.
Logo Prezi
Pada minggu ke-6 pembelajaran menghasilkan sebuah slide presentation Prezi adalah sepanjang waktu kelas selama 3 jam. Presentation yang dihasilkan mengambil masa yang lama kerana memerlukan kesabaran dalam memasukkan nota di setiap bahagian yang dihasilkan. Hal ini kerana, Prezi merupakan aplikasi yang boleh zoom out detail-detail atau pembahagian nota dari subtopik tajuk besar. Selain itu, di dalam presentation Prezi ini boleh dimasukkan video dan gambar-gambar bagi menarik perhatian penonton.
Pembelajaran yang menggunakan Prezi amatlah sesuai kerana, di sekolah telah menggunakan pembelajaran abad ke-21. Hal ini kerana, guru boleh menggunakan aplikasi ini dalam pengajaran di dalam kelas kerana ianya menepati kehendak kurikulum yang mengarahkan guru menggunakan teknologi di dalam kelas sewaktu PdPc dijalankan.
No comments:
Post a Comment