GOOGLE DRAWING
Salah satu aplikasi yang terdapat di dalam Google Drive serta boleh digunakan secara percuma. Goole Drawing dipeerkenalkan pada 12.April.2010 sebagai Google Docs gambar dan alat untuk menghasilkan gambar di Google Docs. Aplikasi ini dipublikasikan secara online sebagai gambar serta disimpan dalam format standard seperti JPEG, SUG, PNG, dan PDF.
Pengalaman dalam menggunakan aplikasi Google Drawing kepada pelajar yang baru pertama kali mencuba adalah rumit. Namun, sebagai pelajar mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang dihadapi tidak sukar kerana banyak rujukan boleh digunakan. Sebagai contoh, melihat video dari Youtube bagaimana menghasilkan Drawing yang mudah serta ringkas bagi pemula. Melalui Youtube, pembelajaran langkah demi langkah amatlah membantu menghasilkan sebuah potrait yang berjaya dan disimpan dalam format PNG atau JPEG.
Contoh hasil potrait yang dihasilkan menggunakan Google Drawing
AUTODRAW
Salah satu laman web yang dapat menggambarkan pelbagai bentuk gambar. Sebagai contoh, web Autodraw ini akan mengesan lukisan yang dihasilkan oleh kita dan memberi pilihan gambar hampir sama dengan lukisan untuk diperbaiki gambar menjadi lebih baik serta jelas difahami. Web ini menggunakan prinsip AI (Artificial Intelligence).
Pengalaman menghasilkan tema menggunakan web Autodraw ini akan dijadikan sebagai salah satu cara untuk digunakan sewaktu pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana pembelajaran abad ke-21 banyak menggunakan teknologi dan penggunaan web Autodraw adalah salah satunya. Selain dapat memberi pengalaman yang baru serta menarik untuk diterokai. Web ini ada ketikanya mencabar kerana lukisan yang dihasilkan tidak dapat dikesan untuk melihat gambar serupa. Namun kreativiti yang dicipta dalam menghasilkan tema kadang kala menyeronokkan. Hasil yang dibuat juga boleh disimpan dalam format PNG atau JPEG.
Tema perkhemahan di luar rumah


No comments:
Post a Comment