Monday, 12 November 2018

MINGGU KE-5

SCRATCH

               Sebuah program visual untuk digunakan dalam pembelajaran. Bahasa pemograman ini dihasilkan oleh MIT Media Lab dari Massachusetts Institute of Technology. Program Scratch ini membolehkan pengguna menghasilkan animasi permainan. Versi terbaru Scratch adalah Scratch 2.0 yang boleh diakses secara online atau muat turun aplikasi Scratch di dalam komputer riba kerana sistem operasi ini tersedia untuk Windows, Mac OS X dan Linux.


Kemunculan Cat Sprite apabila memulakan Scratch


Contoh-contoh blok arahan dalam Scratch


               Pembelajaran menggunakan Scratch memberi impak kerana kita perlu berfikiran dengan lebih teliti dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Selain dapat menghasilkan sebuah permainan yang menyeronokkan dan mudah untuk diikuti oleh pelajar. Terdapat dua tugasan dalam program Scratch ini yang pertama adalah Cat Lesson dan yang kedua adalah Shark Game.

                  Tugasan yang pertama hanya menggunakan blok yang mudah dan senang. Menghasilkan pergerakan kucing dengan suara. Selain itu, menukarkan latar belakang mengambil masa yang agak banyak kerana perlu memikirkan cara menukarkannya. Namun, setiap pemasalahan dapat diselesaikan walaupun mengambil masa. Hal ini memberi pengajaran kendiri yang baik untuk pelajar berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.

                  Tugasan yang kedua pula adalah Shark Game. Permainan yang dihasilkan diajar di dalam kelas langkah demi langkah. Melalui pembelajaran ini kita dapat lihat bahawa permainan yang mudah ini juga memerlukan kreativiti dalam menghasilkannya. Selain itu, pembelajaran yang seronok dapat menarik minat pelajar untuk fokus menyiapkan tugasan kerana mahu melihat hasil dibuat. Namun permainan yang dihasilkan melalui program Scratch ini hanya boleh dimainkan oleh mereka yang mempunyai aplikasi Scratch sahaja. Hal ini perlu diambil kira dalam memberi peringatan kepada mereka yang ingin bermain Shark Game perlu memuat turun dahulu aplikasi Scratch.



    

No comments:

Post a Comment