PREZI PRESENTATION
Nota tenunan
https://prezi.com/dashboard/next/#/details/ux5hkxyrsio2/
Monday, 26 November 2018
Tuesday, 20 November 2018
MINGGU KE-7
PREZI
Sebuah aplikasi yang dihasilkan pada tahun 2009 di Budapest, Hungary oleh Adam Somlai-Fisher, Peter Halacsy, and Peter Arvai.
Adam Somlai-Fischer adalah seoran arkitek dan seniman yang telah terlibat dengan presentation yang boleh dikecilkan dan diperbesarkan sejak tahun 2001. Beliau telah menemukan bahawa Zoomin User Interface (ZUI) membolehkan pengguna mengeksplorasi gambaran seperti gambaran penuh dan kemudian boleh membesarkan detail-detail dari setiap idea. Namun pada tahun 2007, Peter Halascy, seorang profesor dari Universiti Teknologi Budapest berhasil menyakinkan Adam untuk mengembangkan editor ZUI agar dapat digunakan oleh umum.
Prezi digunakan sebagai alat presentation dalam bentuk linear atau non-linear, iaitu persembahan yang berstruktu atau persembahan berbentuk mind-map. Di dalam Prezi terdapat teks, gambar dan video.
Logo Prezi
Pada minggu ke-6 pembelajaran menghasilkan sebuah slide presentation Prezi adalah sepanjang waktu kelas selama 3 jam. Presentation yang dihasilkan mengambil masa yang lama kerana memerlukan kesabaran dalam memasukkan nota di setiap bahagian yang dihasilkan. Hal ini kerana, Prezi merupakan aplikasi yang boleh zoom out detail-detail atau pembahagian nota dari subtopik tajuk besar. Selain itu, di dalam presentation Prezi ini boleh dimasukkan video dan gambar-gambar bagi menarik perhatian penonton.
Pembelajaran yang menggunakan Prezi amatlah sesuai kerana, di sekolah telah menggunakan pembelajaran abad ke-21. Hal ini kerana, guru boleh menggunakan aplikasi ini dalam pengajaran di dalam kelas kerana ianya menepati kehendak kurikulum yang mengarahkan guru menggunakan teknologi di dalam kelas sewaktu PdPc dijalankan.
Monday, 12 November 2018
MINGGU KE-5
SCRATCH
Sebuah program visual untuk digunakan dalam pembelajaran. Bahasa pemograman ini dihasilkan oleh MIT Media Lab dari Massachusetts Institute of Technology. Program Scratch ini membolehkan pengguna menghasilkan animasi permainan. Versi terbaru Scratch adalah Scratch 2.0 yang boleh diakses secara online atau muat turun aplikasi Scratch di dalam komputer riba kerana sistem operasi ini tersedia untuk Windows, Mac OS X dan Linux.
Kemunculan Cat Sprite apabila memulakan Scratch
Contoh-contoh blok arahan dalam Scratch
Pembelajaran menggunakan Scratch memberi impak kerana kita perlu berfikiran dengan lebih teliti dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Selain dapat menghasilkan sebuah permainan yang menyeronokkan dan mudah untuk diikuti oleh pelajar. Terdapat dua tugasan dalam program Scratch ini yang pertama adalah Cat Lesson dan yang kedua adalah Shark Game.
Tugasan yang pertama hanya menggunakan blok yang mudah dan senang. Menghasilkan pergerakan kucing dengan suara. Selain itu, menukarkan latar belakang mengambil masa yang agak banyak kerana perlu memikirkan cara menukarkannya. Namun, setiap pemasalahan dapat diselesaikan walaupun mengambil masa. Hal ini memberi pengajaran kendiri yang baik untuk pelajar berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Tugasan yang kedua pula adalah Shark Game. Permainan yang dihasilkan diajar di dalam kelas langkah demi langkah. Melalui pembelajaran ini kita dapat lihat bahawa permainan yang mudah ini juga memerlukan kreativiti dalam menghasilkannya. Selain itu, pembelajaran yang seronok dapat menarik minat pelajar untuk fokus menyiapkan tugasan kerana mahu melihat hasil dibuat. Namun permainan yang dihasilkan melalui program Scratch ini hanya boleh dimainkan oleh mereka yang mempunyai aplikasi Scratch sahaja. Hal ini perlu diambil kira dalam memberi peringatan kepada mereka yang ingin bermain Shark Game perlu memuat turun dahulu aplikasi Scratch.
Friday, 9 November 2018
MINGGU KE-4
GOOGLE DRAWING
Salah satu aplikasi yang terdapat di dalam Google Drive serta boleh digunakan secara percuma. Goole Drawing dipeerkenalkan pada 12.April.2010 sebagai Google Docs gambar dan alat untuk menghasilkan gambar di Google Docs. Aplikasi ini dipublikasikan secara online sebagai gambar serta disimpan dalam format standard seperti JPEG, SUG, PNG, dan PDF.
Pengalaman dalam menggunakan aplikasi Google Drawing kepada pelajar yang baru pertama kali mencuba adalah rumit. Namun, sebagai pelajar mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang dihadapi tidak sukar kerana banyak rujukan boleh digunakan. Sebagai contoh, melihat video dari Youtube bagaimana menghasilkan Drawing yang mudah serta ringkas bagi pemula. Melalui Youtube, pembelajaran langkah demi langkah amatlah membantu menghasilkan sebuah potrait yang berjaya dan disimpan dalam format PNG atau JPEG.
Contoh hasil potrait yang dihasilkan menggunakan Google Drawing
AUTODRAW
Salah satu laman web yang dapat menggambarkan pelbagai bentuk gambar. Sebagai contoh, web Autodraw ini akan mengesan lukisan yang dihasilkan oleh kita dan memberi pilihan gambar hampir sama dengan lukisan untuk diperbaiki gambar menjadi lebih baik serta jelas difahami. Web ini menggunakan prinsip AI (Artificial Intelligence).
Pengalaman menghasilkan tema menggunakan web Autodraw ini akan dijadikan sebagai salah satu cara untuk digunakan sewaktu pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana pembelajaran abad ke-21 banyak menggunakan teknologi dan penggunaan web Autodraw adalah salah satunya. Selain dapat memberi pengalaman yang baru serta menarik untuk diterokai. Web ini ada ketikanya mencabar kerana lukisan yang dihasilkan tidak dapat dikesan untuk melihat gambar serupa. Namun kreativiti yang dicipta dalam menghasilkan tema kadang kala menyeronokkan. Hasil yang dibuat juga boleh disimpan dalam format PNG atau JPEG.
Tema perkhemahan di luar rumah
Subscribe to:
Posts (Atom)