Monday, 29 October 2018

MINGGU KE-3


MENGENALKAN DIRI MENGGUNAKAN APLIKASI POWTOON

              Menghasilkan sebuah video yang menggunakan aplikasi powtoon. Pembelajaran ini amat menyeronokkan kerana penghasilan video dalam cara yang berbeza. Selain dapat menarik minat penonton serta video yang ringkas.






NOTA PEMBELAJARAN SENI VISUAL BIDANG KRAF TENUNAN

Kelebihan dalam menggunakan aplikasi powtoon untuk mengenalkan bidang tenunan. Hal ini adalah penting kerana ianya salah satu bidang yang perlu diajarkan di sekolah. Selain itu, dapat menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap nota yang diberikan melalui video yang berdurasi tidak lebih 3 minit. 



Tuesday, 23 October 2018

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN SENI TEKNOLOGI (MINGGU KE-2)

                 Teknologi merupakan salah satu konsep yang luas. Pembangunan dan penggunaan media teknologi yang semakin canggih ini adalah salah satu penyelesaian masalah manusia. Pada zaman yang serba moden ini lebih dikenali kepada dunia tanpa sempadan yang telah dicetuskan oleh era dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Pencarian maklumat hanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Hal ini kerana, keperluan teknologi seperti telefon bimbit dan komputer riba yang boleh melayari internet merupakan salah satu faktor kemudahan dalam mencari maklumat.

                 Perkembangan teknologi seni ini membawa kepada media teknologi yang baru seperti filem, video dan komputer. Penggunaan komputer kini menjadi salah satu keperluan yang perlu dipenuhi bagi melaksanakan tugasan tidak kira pelajar mahupun pekerja. Perkembangan teknologi komputer ini begitu cepat dan semakin banyak aplikasi yang boleh digunakan di dalam komputer seperti "Adobe Photoshop", "Adobe Illustrater", "Scratch" dan sebagainya. Teknologi seperti ini menjadi salah satu penarik minat kepada pengguna komputer untuk berfikiran yang lebih kreatif.

                   Seni teknologi ini boleh digunakan oleh guru sewaktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, seiring dengan pembelajaran abad ke-21 yang menggunakan teknologi ketika mengajar. Oleh sebab itu, sebagai tenaga pendidik yang berada di era moden ini pengenalan terhadap teknologi perlu dikuasai kerana pembelajaran yang berkesan pada masa kini lebih banyak menggunakan teknologi. Sebagai contoh, menayangkan video mengikut tajuk di dalam kelas lebih menarik minat pelajar berbanding penerangan di atas papan putih sahaja.

                Oleh itu, penggunaan seni teknologi dalam pendidikan terutamanya bidang seni amatlah digalakkan bagi memudahkan pelajar memahami penyampaian ilmu ketika proses pembelajaran dan pengajaran disampaikan.